TIPS MENJAGA KESIHATAN DIBULAN RAMADHAN
RUKUN ISLAM
1-mengucap dua kalimah syahadah
2-mendirikan solat
3-menunaikan zakat
4-berpuasa dibulan ramadhan
5-menunaikan haji dimekah
Assalamualaikum semua dan selamat malam...
Sekarang sudah masuk bulan ramadhan dan pada bulan ini seluruh umat islam menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing iaitu berpuasa.Dan hari ini telah genap 2 hari umat islam berpuasa.
Berpuasa dibulan ramadhan adalah termasuk dalam rukun islam yang keempat,jadi umat islam wajib menunaikannya.Jadi pada malam ini saya ingin mengongsikan sedikit sebanyak tips yang perlu diamalkan sepanjang bulan ramadhan ini.
Pada bulan ramadhan ini kita biasanya makan pada waktu bersahur dan berbuka sahaja.Oleh itu pengambilan makanan berkhasiat wajar dilakukan untuk mengekalkan kesihatan diri.Ada juga segelintir menggunakan kesempatan dibulan ini untuk menurunkan berat badan.Namun jika ia tidak dilakukan dengan betul kesihatan diri kita mungkin terjejas seperti tubuh badan akan menjadi tidak bermaya,letih dan lesu.Hal ini demikian akan menyebabkan kita terhalang dari melakukan aktiviti harian.
Oleh itu penjagaan kesihatan amatlah penting.Walaupun dalam berpuasa kecergasan diri perlu ada.Kita perlulah melakukan senaman ringan bagi membetulkan otot.Bagi yang sedang berdiet pula pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat penting.
Dalam segi perubatan pula,bagi individu yang melakukan pemeriksaan dan pembedahan haruslah berpuasa bagi mendapatkan keputusan yang tepat.Sekiranya individu yang akan melakukan pembedahan tidak berpuasa boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius yang berpunca dari makanan yang berada didalam perut..Jadi memang wajar pesakit ini berpuasa beberapa jam sebelum melakukan pembedahan.
Cara yang sesuai untuk menjamin kesihatan dibulan ramadhan ialah,kita mestilah mulakan berbuka puasa dengan makanan yang ringan seperti memakan buah kurma,kismis,kuih muih dan buah-buahan.Kemudian kita perlu rehatkan perut dengan menunaikan solat maghrib dahulu...
SELAMAT BERPUASA
No comments:
Post a Comment