Friday, 12 July 2013

Cara Pemilihan Makanan Yang Betul

PENTINGNYA PEMANTAUAN SETIAP GERAI DIBAZAR


Pemilihan makanan yang betul dibulan ramadhan ini merupakan langkah yang penting dalam mencegah sebarang penyakit.Terutama kepada ibu bapa yang sibuk bekerja sehinnga kesuntukan masa untuk memasak dirumah sehingga tidak menyedari penyediaan makanan dirumah lebih selamat daripada membeli makanan diluar.Oleh itu ativiti pemantauan termasuklah membuat pemeriksaan terhadap sampel makanan dan penilaian tahap kebersihan premis bagi memastikan makanan itu tidak rosak serta mematuhi piawaian yang ditetapkan Jabatan Kesihatan harus dijalankan setiap kali ramadhan menjelma.

Sementara itu, penjual juga dinasihatkan supaya memastikan bekalan mentah termasuk air serta peralatan yang digunakan dalam proses penyediaan sentiasa berkeadaan bersih.Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak membeli makanan yang mudah dicemari kerana mempunyai santan seperti kerabu dan kuih-muih serta air minuman.Jika ingin membeli juadah sepert ini, pengunjung perlu membeli makanan serta minuman di premis yang bersih dan menyediakan makanan yang segar.Makanan yang dibeli di bazar Ramadan,tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia mudah dicemari oleh bakteria.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan menggunakan deria lihat, hidu dan rasa sebelum membeli juadah kegemaran masing-masing di bazar Ramadan,.Makanan yang dijual itu juga harus bebas daripada ancaman lalat, lipas dan tikus yang boleh mencemarkan makanan.

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN PADA TAHUN 2010

28.6 (5daripada 0 175) sampel makanan tidak menepati standard Toperatus tal Plate Count, 37.1 peratus (tidak mematuhi standard coliform); 1.7 peratus (tercemar dengan E coli); 7.4 peratus (tercemar dengan bakteria Stapyhylococcusaureus (bakteria berasal dari pengendalian makanan tidak bersih) 1.1 peratus (dicemari bakteria Salmonella) dan 4.6 peratus (dicemari bakteria Bacillus cereus).

Pada tahun lalu juga, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 5204 buah premis makanan terutama di pasar dan gerai yang dibuka sepanjang Ramadhan.
Dalam tempoh itu, 1567 rampasan telah dibuat dengan nilai berjumlah RM10,235 kerana kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak mempunyai label makanan, tamat tarikh luput serta bungkusan makanan rosak,

No comments:

Post a Comment