Friday, 12 July 2013

Cara Pemilihan Makanan Yang Betul

PENTINGNYA PEMANTAUAN SETIAP GERAI DIBAZAR


Pemilihan makanan yang betul dibulan ramadhan ini merupakan langkah yang penting dalam mencegah sebarang penyakit.Terutama kepada ibu bapa yang sibuk bekerja sehinnga kesuntukan masa untuk memasak dirumah sehingga tidak menyedari penyediaan makanan dirumah lebih selamat daripada membeli makanan diluar.Oleh itu ativiti pemantauan termasuklah membuat pemeriksaan terhadap sampel makanan dan penilaian tahap kebersihan premis bagi memastikan makanan itu tidak rosak serta mematuhi piawaian yang ditetapkan Jabatan Kesihatan harus dijalankan setiap kali ramadhan menjelma.

Sementara itu, penjual juga dinasihatkan supaya memastikan bekalan mentah termasuk air serta peralatan yang digunakan dalam proses penyediaan sentiasa berkeadaan bersih.Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak membeli makanan yang mudah dicemari kerana mempunyai santan seperti kerabu dan kuih-muih serta air minuman.Jika ingin membeli juadah sepert ini, pengunjung perlu membeli makanan serta minuman di premis yang bersih dan menyediakan makanan yang segar.Makanan yang dibeli di bazar Ramadan,tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia mudah dicemari oleh bakteria.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan menggunakan deria lihat, hidu dan rasa sebelum membeli juadah kegemaran masing-masing di bazar Ramadan,.Makanan yang dijual itu juga harus bebas daripada ancaman lalat, lipas dan tikus yang boleh mencemarkan makanan.

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN PADA TAHUN 2010

28.6 (5daripada 0 175) sampel makanan tidak menepati standard Toperatus tal Plate Count, 37.1 peratus (tidak mematuhi standard coliform); 1.7 peratus (tercemar dengan E coli); 7.4 peratus (tercemar dengan bakteria Stapyhylococcusaureus (bakteria berasal dari pengendalian makanan tidak bersih) 1.1 peratus (dicemari bakteria Salmonella) dan 4.6 peratus (dicemari bakteria Bacillus cereus).

Pada tahun lalu juga, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 5204 buah premis makanan terutama di pasar dan gerai yang dibuka sepanjang Ramadhan.
Dalam tempoh itu, 1567 rampasan telah dibuat dengan nilai berjumlah RM10,235 kerana kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak mempunyai label makanan, tamat tarikh luput serta bungkusan makanan rosak,

Thursday, 11 July 2013

TIPS MENJAGA KESIHATAN DIBULAN RAMADHAN

TIPS MENJAGA KESIHATAN DIBULAN RAMADHAN


RUKUN ISLAM

1-mengucap dua kalimah syahadah
2-mendirikan solat
3-menunaikan zakat
4-berpuasa dibulan ramadhan
5-menunaikan haji dimekah

Assalamualaikum semua dan selamat malam...

Sekarang sudah masuk bulan ramadhan dan pada bulan ini seluruh umat islam menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing iaitu berpuasa.Dan hari ini telah genap 2 hari umat islam berpuasa.
Berpuasa dibulan ramadhan adalah termasuk dalam rukun islam yang keempat,jadi umat islam wajib menunaikannya.Jadi pada malam ini saya ingin mengongsikan sedikit sebanyak tips yang perlu diamalkan  sepanjang bulan ramadhan ini.

Pada bulan ramadhan ini kita biasanya makan pada waktu bersahur dan berbuka sahaja.Oleh itu pengambilan makanan berkhasiat wajar dilakukan untuk mengekalkan kesihatan diri.Ada juga segelintir menggunakan kesempatan dibulan ini untuk menurunkan berat badan.Namun jika ia tidak dilakukan dengan betul kesihatan diri kita mungkin terjejas seperti tubuh badan akan menjadi tidak bermaya,letih dan lesu.Hal ini demikian akan menyebabkan kita terhalang dari melakukan aktiviti harian.

Oleh itu penjagaan kesihatan amatlah penting.Walaupun dalam berpuasa kecergasan diri perlu ada.Kita perlulah melakukan senaman ringan bagi membetulkan otot.Bagi yang sedang berdiet pula pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat penting.

Dalam segi perubatan pula,bagi individu yang melakukan pemeriksaan dan pembedahan haruslah berpuasa bagi mendapatkan keputusan yang tepat.Sekiranya individu yang akan melakukan pembedahan tidak berpuasa boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius yang berpunca dari makanan yang berada didalam perut..Jadi memang wajar pesakit ini berpuasa beberapa jam sebelum melakukan pembedahan.

Cara yang sesuai untuk menjamin kesihatan dibulan ramadhan ialah,kita mestilah mulakan berbuka puasa dengan makanan yang ringan seperti memakan buah kurma,kismis,kuih muih dan buah-buahan.Kemudian kita perlu rehatkan perut dengan menunaikan solat maghrib dahulu...
SELAMAT BERPUASA


BOLA SEPAK KLANTAN

PEMAIN KELANTAN TERIMA HABUAN RM30 RIBU SETIAP ORANG

                Gambar Tan Sri Annuar Musa

Habuan lumayan menanti barisan pemain Kelantan yang beraksi di Final Piala FA 2013 apabila Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan akan menghadiahkan wang tunai Rm30,000 kepada setiap pemain Red Warriors.
Tan Sri Annuar Musa menerusi Facebook Rasminya  berkata “SETIAP PEMAIN YG BERAKSI DI FINAL DAN BERJAYA MEMPERTAHANKAN PIALA FA DAN MELAYAKKAN KITA KE AFC CUP,KITA HADIAHKAN RM30,000 setiap orang”


Tan Sri Annuar Musa juga memberitahu tiada Perarakan Piala FA dalam waktu terdekat kerana kesuntukan masa dan Ramadhan hampir tiba.

           Gambar Pemain Bola Sepak Kelantan(THE RED WARRIOR)

Wednesday, 10 July 2013

TERKINI:kes Rayuan Sirul Azhar

KES RAYUAN SIRUL AZHAR: ISU BESAR BAKAL MELETUP DIMAHKAMAH-HARAKAHDAILY BM
             (Atas:Peguam Kamarul Hisham yang mewakili Sirul Azhar)

                                          gambar koperal Sirul Azhar

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan tiga hari bagi mendengar rayuan Koperal Sirul Azahar untuk  kes pembunuhan melibatkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Hakim Datuk Sri Mohamed Apandi Ali menetapkan pada 24 hingga 26 Jun bagi kes tersebut setelah mendengar hujah dari kedua-dua belah pihak.
Selain Apandi, dua lagi Hakim yang mendengar kes tersebut adalah Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Dalam pada itu Apandi juga turut mengarahkan peguam pembela memfailkan rayuan kedua bersama-sama dengan hujah dan fakta terbaru dalam masa sepuluh hari bermula hari ini.
Peguam yang mewakili bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis yang bertugas mengiringi pemimpin negara iaitu Kopral Sirul Azhar Umar, Kamarul Hisham Kamarudin ketika ditemui di lobi mahkamah memberitahu pihaknya akan memfailkan rayuan tersebut esok.
“Kita telah mendapat kebenaran dari hakim bagi merayu kes yang berkaitan pembunuhan Altantuya.
“Sepertimana yang kita tahu kes telah ditetapkan pada 24 hingga 26 Jun iaitu selama tiga hari dan untuk rayuan kita akan failkan esok bersama-sama hujah yang baru,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, Mahkamah Rayuan memikirkan adalah perlu demi kepentingan keadilan untuk mereka meneliti dokumen-dokumen ini untuk memutuskan alasan rayuan tambahan yang telah dikemukakan sebelum ini.
Sirul Azhar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Okt 2006 dan 1 pagi, 20 Okt 2006.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Sebelum itu, Sirul Azhar telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan sebelum ini bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di sini dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.
Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada “publisiti buruk” secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.
Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada publisiti buruk menerusi tiga akuan bersumpah, dua dibuat oleh penyiasat persendirian mendiang P. Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.
Beliau memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perbicaraan itu sebagai perbicaraan silap, sabitannya diketepikan dan beliau dibebaskan.
Harakahdaily difahamkan, ada isu besar yang bakal meletup dalam perbicaraan ini nanti.



Sumber Harakahdaily bm

Monday, 8 July 2013

GURU SK BERIS PANCHOR DITEMBAK MATI

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR DITEMBAK MATI SEBAIK SAHAJA KELUAR DARI SEKOLAH ,KIRA-KIRA JAM 2PETANG

Mangsa,Hashim Mat zin,43, yang juga guru matapelajaran muzikditembak ketika memandu kereta Marcedez Benz untuk pulang kerumah sebaik sahaja sesi pembelajaran tamat.

Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti disebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum mangsa meninggal dunia.


Assalamualaikum & selamat malam.sy terkedu bila melihat beberapa foto yang telah dimuat naik di web berkaitan seorang guru SK BERIS PANCHOR yang telah ditembak mati sebaik sahaja keluar dari sekolah ketika sesi pembelajaran tamat.Guru berkenaan merupakan seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid disekolah tersebut.Sebetulnya perkara ini cukup mengejutkan orang ramai.Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan diharapkn semoga pihak perkuasa dapat menyelesaikan kes ini dengan segera,

Sebelum kejadian ini berlaku saya telah mendengar berita tentang guru yang telah ditembak mati di Kelantan,jadi ini adalah kejadian yang kedua kali yang pernah berlaku.
AL-FATIHAH ...