Monday, 29 August 2016

10 tempat menarik yang anda perlu tahu sebelum pergi bercuti

Apa yang kami senaraikan disini bukanlah tempat cuti yang kebiasaanya dikunjung oleh orang ramai apabila tiba musim cuti sekolah, namun ianya lebih kepada tempat percutian yang sangat unik dan lain daripada yang lain untuk dicuba.

Memandangkan sekarang matawang Ringgit Malaysia agak murah dan sedikit sebanyak memusnahkan harapan ramai orang untuk bercuti ke luar negara, maka dengan ini kami akan kongsikan 10 tempat menarik dan unik di Malaysia yang mungkin sesuai dengan bajet anda.

Sekeping Serendah, Selangor


Mungkin ramai diantara anda yang sejak lahir sehinggalah ke hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh kesibukan yang tak pernah henti ini. Untuk melarikan diri daripada kesibukan itu, apakata anda cuba bercuti di Sekeping Serendah ini.


Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan, sambil mendengar bunyi-bunyian unggas dan serangga hutan, ia memberikan pengalaman yang sungguh mendamaikan. Dan apabila malam menjelma, tidur malam pun dalam kelambu. Wow, romantik!

Web: sekeping.com/serendah
FB: facebook.com/sekepingretreats


The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan


Sebut sahaja Negeri Sembilan, tentu saja apa yang bermain difikiran sesiapa pun adalah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja.


Namun tidak ramai yang tahu sebenarnya, di Seremban terdapat sebuah tempat percutian yang sangat unik dan menarik dinamakan The Shorea. Disini, terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih untuk mengisi masa percutian anda.

Web: theshorea.com
FB: facebook.com/TheShorea

Limastiga, Umbai, Melaka


Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden dan dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga, Umbai. Hanya dengan 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja, pengunjung boleh merehatkan diri disebuat perkampungan moden ini.


Dan disini, perlu diambil kira.. hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang.

Web: limastiga.blogspot.com
FB: facebook.com/Limastiga

The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan


Selain the Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin berminat untuk cuba merancang percutian ke The Dusun yang terletak di Mantin.


Bersuasanakan dusun dan hutan, ianya memberikan mood yang romantik terutamanya kepada pasangan-pasangan yang baru berkahwin.

Web: thedusun.com.my
FB: Facebook.com/thedusun

Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang


Untuk yang suka bercuti lebih "adventure" lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam didalam khemah yang disediakan, menjadikan percutian disini ala-ala adventure, bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping.

Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.


Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.

Web: tanah-aina.com
FB: Facebook.com/tanahaina

Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka


Ingin merasai percutian ala-ala di Kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis adalah tempat yang mesti ada dalam senarai percutian anda.


Terletak di Kuala Linggi, Melaka, lokasi ini menjadi destinasi paling sesuai buat mereka yang sudah lama inginkan penginapan di rumah-rumah kampung dan lari seketika dari hiruk-piruk kota.

Web: desabalqis.com
FB: Facebook.com/DesaBalqis

Templer Park Rainforest Retreat, Rawang, Selangor


Disini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching.



Lokasinya hanya 30 minit dari kota raya Kuala Lumpur, dan tidak syak lagi ia diantara tempat menarik paling popular warga kota untuk lari seketika dari kesibukan hidup.

Web: tppr.net
FB: Facebook.com/tppr1

Philea Resort & Spa, Melaka


Resort ini merupakan resort 5 bintang. Bersesuaian kepada mereka yang inginkan percutian agak mewah tapi masih kekal dalam suasana yang santai. Terletak di Air Keroh, Melaka, ianya merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan patut dicuba sesiapa sahaja.



Web: phileahotel.com.my
FB: Facebook.com/philea.resort.melaka

MasBro Village, Paya Rumput, Melaka


Sesiapa sahaja yang gemarkan suasana percutian unik lebih-lebih lagi tempat yang cantik untuk memenuhkan galeri gambar di Facebook dan Instagram peribadi, MasBro Village mungkin satu tempat percutian yang boleh dimasukkan dalam senarai percutian.

Sekali imbas sahaja kelihatan tempat ini mempunyai ciri-ciri keunikan yang sangat rare di negara ini, yang mana selalunya ia hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne.


Walaupun binaannya nampak kecil, tapi ruanga didalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang dewasa.

FB: Facebook.com/masbrovillage

Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor


Sekali lihat bukan di Malaysia, tapi siapa sangka ianya berlokasi di Banting, Selangor. Mungkin sebelum ini ramai yang tidak tahu akan kewujudan tempat ini, sehinggalah ianya menjadi viral di laman sosial apabila seorang pengunjung bernama Yusry Aizat Baharuddin berkongsi percutian mereka di laman peribadi Facebook nya.


Lokasinya juga yang tidak jauh dari kota raya Kuala Lumpur pastinya menjadi pilihan utama sesiapa sahaja.

POKEMON GO DI MALAYSIA : mendapat tumpuan ramai di setiap peringkat usia.

SELEPAS aplikasi permainan Pokemon GO diketahui boleh dimuat turun mulai semalam, pelbagai reaksi telah diberikan oleh pengguna laman sosial, terutamanya yang beragama Islam.
Rata-ratanya tidak bersetuju dengan kemasukan aplikasi tersebut ke negara ini, lebih-lebih lagi selepas Indonesia dan Saudi Arabia mengharamkan permainan popular dunia itu di negara mereka.
Antara komen pengguna Muslim di laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram ialah, mereka bersetuju sekiranya permainan tersebut turut diharamkan di negara ini.



Menurut mereka, Pokemon GO wajar diharamkan gara-gara permainan itu telah mengakibatkan beberapa kemalangan termasuk kematian.
Mereka turut menyokong kenyataan dikeluarkan Indonesia dan Arab Saudi yang mendakwa Pokemon GO hanya sebuah aplikasi yang sia-sia dan mendatangkan kelalaian kepada orang ramai.
Ini berbeza dengan penggemar Pokemon yang sama sekali tidak bersetuju apabila permainan tersebut dikatakan membahayakan dan menyebabkan kelalaian.
Bagi penggemar dan penyokong Pokemon, ia hanya sekadar satu permainan dan pengguna tidak perlu taksub sehingga mengabaikan keselamatan dan nyawa sendiri.
Ada juga pengguna laman sosial yang neutral tentang perkara tersebut dan menganggap tiada salahnya jika memuat turun aplikasi Pokemon GO untuk menghilangkan rasa bosan.
Aplikasi ini juga menurut mereka, ada positifnya kerana Pokemon GO merupakan permainan ‘tricky‘ serta memerlukan kemahiran berfikir serta kepakaran tertentu yang secara tidak langsung menguji minda pemainnya.



Tidak kurang juga yang meminta penggemar Pokemon agar tidak berlebihan ketika bermain dengan Pokemon GO, kerana menurut mereka apa sahaja jika dilakukan secara berlebihan boleh mengundang bencana.
Perdebatan di media sosial itu turut diselitkan dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menegaskan Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon GO tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan.
Zulkifli dalam kenyataannya semalam memberitahu, keputusan tersebut dicapai setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan.
Katanya, fatwa yang dikemukakan berasas dan permainan Pokemon GO dan Pokemon perlu dijauhkan jika membawa kepada mudarat.
Mengiyakan kuasa dan dewa tertentu dan boleh membawa kepada perjudian juga antara sebab ia diharamkan untuk umat Islam.
Terdahulu, beberapa kes seperti pengintipan pihak luar, pengabaian anak, pencerobohan ruang peribadi, kemalangan, kematian dan banyak lagi telah dilaporkan disebabkan permainan Pokemon GO

uqasha senrose kini tidak berhijab

Sebelum ini kita memuji paras rupa Uqasha Senrose yang cukup manis mengenakan hijab, namun terbaru Uqasha menerusi portal BH ONLINE mengakui dirinya kini tidak mahu lagi bertudung.
Menurut Uqasha, sepanjang 3 tahun berhijab imannya tidak tetap dan sebenarnya keputusan beliau untuk menutup aurat sebelum ini semata-mata kerana kecewa selepas putus cinta.
Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.
Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.  Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai.
Jelas Uqasha setiap yang berlaku adalah kesilapan dirinya sendiri dan biarlah dosa dan pahala beliau antara dirinya dan Tuhan sahaja.
Uqasha turut memberitahu beliau sama sekali tidak berniat untuk mempermainkan agama dan hanya ingin menjadi diri sendiri.
Uqasha ketika ditemubual oleh wartawan BH, hakitkatnya beliau sudah kembali seperti asal.
Pada masa yang sama beliau juga sudah bersedia untuk menerima segala kritikan dan kecaman daripada netizen kerana membuat keputusan untuk membuka hijab.
Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.
Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan.
Hmmph, sebab itu kalau boleh, biarlah setiap perubahan itu lahir daripada hati yang ikhlas dan sudah betul-betul bertaubat. Jangan biarkan keadaan yang memaksa diri untuk menutup aurat.